Servis Yang Ditawarkan

Resitku menyediakan perkhidmatan penyimpanan resit secara online. Setiap resit yang diambil akan disimpan di dalam server kami dengan selamat dan tidak akan hilang.

Resitku

Simpan Resit

Resitku ini juga memudahkan pengguna untuk memantau perbelanjaan bulanan. Selain itu, resit yang disimpan dalam aplikasi Resitku akan ditukarkan kepada laporan perbelanjaan. Pengguna boleh melihat laporan dalam bentuk “Profit & Loss” atau laporan perbelanjaan mengikut harian,bulanan dan tahunan mengikut ketetapan.

Pengiraan cukai

Aplikasi Resitku juga menyediakan perkhidmatan untuk pengiraan cukai di Malaysia kerana aplikasi Resitku akan mengasingkan setiap resit perbelanjaan mengikut kategori yang boleh ditolakkan cukai. Hal ini akan memudahkan pengguna kerana tidak perlu lagi untuk mengasing setiap resit yang di muatnaik.

SASARAN PASARAN

  • INDIVIDU (RAKYAT MALAYSIA)

Semua rakyat Malaysia yang bekerja dan yang tidak bekerja. Terutamanya,yang berpendapatan RM30,000 ke atas.

  • INDIVIDU (PENDAPATAN KOMISYEN BEKERJA SENDIRI)

Stokis,Dropship, individu yang mempunyai pendapatan tambahan melalui perniagaan online dan perniagaan kecil-kecilan, ejen, jurujual kereta,pendapatan daripada Youtube/Instagram/Tiktok(influencer) dan lain-lain serta pendapatan selain daripada perniagaan. Sebagai contoh ejen kereta, ejen coway, Ejen “Beauty Consultant” dan “freelancer”.

  • PERNIAGAAN (SME DAN BERNIAGA SENDIRI)

Perniagaan yang mempunyai SSM(ENTERPRISE) atau perniagaan yang tidak mempunyai SSM. Ekonomi GIG dan berniaga sendiri. Sebagai contoh dobi, pasar malam, penjaja, Bengkel kereta, “Hardware”, Farmasi dan produk makanan.

  • Syarikat (SDN BHD)

Syarikat SDN BHD

Tags

Share this post:

Related Posts