Perlu ke Simpan Resit?

“Buat apa nak simpan resit? Bukannya syarikat aku bayar cukai pun, business aku pun kecik je lagi”

Resitku

Untuk pengetahuan awam, setiap resit perbelanjaan haruslah disimpan selama tujuh (7) tahun untuk keperluan LHDN dan ia termaktub di bawah SEKSYEN 82 CUKAI PENDAPATAN 1967. Akta ini telah diwujudkan sejak 52 tahun yang lalu dan dipakai oleh semua syarikat yang mempunyai pendapatan. Membayar cukai ataupun tidak, adalah penting untuk setiap syarikat merekod, mengurus dan menyimpan resit-resit secara teratur. Ini kerana resit sangat memainkan peranan bukan sahaja untuk tujuan percukaian malah ia juga menjadi bukti sekiranya ada berlaku sebarang kehilangan atau kerosakkan barang.

Antara sebab-sebab penting untuk menyimpan resit adalah:-

  1. Memudahkan urusan untuk mengemukakan dokumen perniagaan kepada LHDN sekiranya diminta.
  2. Dapat membuat semakan perbelanjaan dengan cepat dan mudah.
  3. Mengurangkan ketirisan dalam syarikat sekiranya berlaku sebarang kecuaian seperti hilang bahan bukti atau sebagainya.
  4. Mudah untuk dapat potongan cukai dari LHDN.
  5. Digunakan sebagai bukti untuk merekod belanjawan.

Tags

Share this post: