Pelepasan Cukai

Merancang untuk percukaian merupakan antara aspek yang utama dalam perancangan kewangan. Ada juga yang merancang dengan membayar zakat serta memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang bersesuaian. Kalau nak claim rebate Zakat, kena bayar sebelum 1 Januari 2024 untuk layak claim pengurangan bayaran cukai bagi tahun 2023.

Jika kewangan tidak di rancang dengan betul ini akan memberi impak kepada diri atau perniagaan kita. Seperti semua sedia maklum, pada setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2023:

PELEPASAN INDIVIDU

  1. Individu dan saudara tanggungan – RM9,000
  2. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri (pasangan tidak mempunyai pendapatan atau memilih untuk istihar cukai taksiran bersama) – TERHAD RM4,000
  3. Suami / Isteri kurang upaya – TAMBAHAN RM5,000
  4. Yuran Pendidikan (Diri Sendiri sahaja) – KESELURUHAN TERHAD RM7,000
    • Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
    • Peringkat sarjana atau doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (TERHAD RM2,000)
  5. Individu kurang upaya – TAMBAHAN RM6,000 perlu dapatkan pengesahan sebagai OKU

BELANJA PERUBATAN

6) Perbelanjaan Perubatan Individu / Suami / Isteri / Anak – TERHAD KESELURUHAN RM 10,000

  • Penyakit serius
  • Rawatan kesuburan (Sendiri / Pasangan)
  • Perbelanjaan pemvaksinan
  • Pemeriksaan penuh ujian Covid-19 & kesihatan mental (TERHAD RM1,000)
  • Rawatan intervensi awal/pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (TERHAD RM4,000)

 

7) Belanja kepada Ibu Bapa – TERHAD RM8,000

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

BELANJA GAYA HIDUP

Gaya Hidup – TERHAD RM2,500

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gymnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet (atas nama sendiri) Simpan resit ya

 

9) Tambahan Gaya Hidup Aktiviti Sukan – TAMBAHAN RM500

(i) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997;

(ii) Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan;

(iii) Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997

 

10) Peralatan Sokongan Asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) TERHAD RM6,000

Jangan lupa simpan resit

11) Pembelian peralatan penyusuan ibu (wanita sahaja) untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) – TERHAD RM1,000

 

12) Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri – TERHAD RM2,500

PELEPASAN ANAK

13) Anak di bawah umur 18 tahun – TAMBAHAN RM2,000 / seorang

 

14) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) TAMBAHAN RM2,000 / seorang

 

15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut TAMBAHAN RM8,000 / seorang:

(i) Mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-level).

(ii) Mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) Kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

(iv) Berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia.

 

16) Anak kurang Upaya – TAMBAHAN RM6,000 / seorang

 

17) Pelepasan tambahan anak kurang Upaya – RM8,000 / seorang

bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

 

18) Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah berdaftar – TERHAD RM3,000

(i) 6 tahun ke bawah

(ii) Tuntutan sama ada suami / isteri

PELEPASAN ANAK

19) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) – TERHAD RM3,000

 

20) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) / skim insuran pekerjaan – TERHAD RM350

 

21) Insurans pendidikan dan perubatan (Individu / Pasangan / Anak) – TERHAD RM3,000

 

22) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2023 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2023) kini ia akan muncul auto dalam sistem filing – TERHAD RM8,000

 

23) Insuran nyawa & KWSP (individu penjawat / selain penjawat awam (berpencen) & bekerja sendiri) – TERHAD RM7,000

(i) KWSP – TERHAD RM4,000

(ii) Insuran Nyawa – TERHAD RM3,000

Nota

Terhad – maksimun boleh tuntut

Tambahan – tambahan tuntut pelepasan

Tags

Share this post: