Pengenalan Resitku

Resitku merupakan sebuah aplikasi penyimpanan resit perbelanjaan serta rekod pendapatan/ jualan. Aplikasi ini ditubuhkan kerana timbul masalah dari individu dan ejen cukai. Untuk individu, kebanyakkan rakyat Malaysia dari awal lagi tidak dididik untuk menyimpan resit kerana dianggap remeh serta membazir masa dan ruang.

Resitku

Oleh disebabkan itu, timbul juga masalah dari ejen cukai apabila mereka meminta untuk mengemukakan dokumen bagi tujuan pengisytiharan cukai pendapatan. Di samping itu, kami juga dapat mengenalpasti pelbagai masalah lain yang wujud iaitu:-

  1.  Tidak ada rekod penyimpanan resit
  2.  Resit yang disimpan tidak teratur
  3.  Kekangan ruang dan tempat
  4.  Resit menjadi pudar
  5.  Kos penyimpanan yang mahal
 

Ekoran dari masalah di atas, bermulalah pertubuhan aplikasi Resitku pada pertengahan tahun 2022 oleh syarikat Appvolusi Sdn. Bhd. (Perkongsian bersama NWACORP) berlokasi di Prima Saujana, Kajang. Antara individu hebat yang terlibat dalam menjayakan aplikasi ini antaranya adalah, Mohamad Noor Mustaqim bin Mohamed Esa (CEO) dan Ridzwan Noor bin Abu Samah (COO). Cara untuk menggunakan Resitku adalah hanya dengan mengambil gambar resit yang anda ingin simpan. Mudah kan?

Siapakah pengguna Resitku? Sebenarnya, semua rakyat Malaysia yang bekerja dan tidak bekerja perlu menggunakan aplikasi ini terutamanya mereka yang berpendapatan RM30,000 ke atas setahun. Selain itu, Individu Berpendapatan Komisyen atau Bekerja sendiri seperti stokis, dropship, peniaga atas talian atau kecil-kecilan, Ejen, Influencer dan mereka yang menerima pendapatan selain daripada perniagaan. Seterusnya, perniagaan yang berdaftar atau tidak berdaftar dibawah SSM, Ekonomi GIG dan berniaga sendiri.

KENAPA PERLU MUAT TURUN RESITKU?

  • Menyediakan cara yang MUDAH dan SELAMAT untuk menyimpan segala resit perbelanjaan.
  • Memudahkan pengguna untuk memantau REKOD PERBELANJAAN secara bulanan.
  • Menyediakan LAPORAN UNTUNG RUGI dan PERBELANJAAN secara ringkas dan mudah difahami.
  • Menyediakan informasi tentang percukaian Malaysia dan isu-isu semasa yang berkait.
  • Kos yang dikenakan sangat rendah dan berpatutan.

APAKAH KELEBIHAN RESITKU?

  • Resit yang disimpan akan DISUSUN dan DISIMPAN dengan selamat tanpa mengganggu ruangan storan telefon pintar anda.
  • Resit tersebut akan dikategorikan secara AUTOMATIK mengikut kategori perbelanjaan yang betul.
  • Kami juga menyediakan LAPORAN UNTUNG RUGI dan PERBELANJAAN yang ringkas dan mudah difahami.
  • Resit akan disimpan selama 7 tahun mengikut syarat yang dikenakan oleh LHDN.
  • Informasi dan artikel berkaitan percukaian Malaysia akan disediakan.
  • Pengguna boleh mengupah akauntan bertauliah dan ejen cukai berlesen dibawah Resitku sekiranya memerlukan sebarang perkhidmatan tambahan.

Berikut merupakan risalah tentang harga dan pakej perkhidmatan kami:-

Tags

Share this post: